|
|
| Friday, 19-Jun-2009 05:12 |
Email | Share | | Bookmark |
|
The Reception - Mohd Nor & Zana
|
|
Tempat : Masjid Tanah, Melaka
Tarikh : 09.05.2009
Tempat, negeri yg 1st time aku & kamera aku smpai,
sebelum tak pernah lagi aku smpai ke Melaka untuk kerja atau suka ria.
Aku bertolak dari KL pagi pukul 9.
Selepas snap gambar make up. Sementara tunggu pengantin bersiap sempat gak aku pekena cendol di pasar masjid tanah. Sempoi gak cendol kat situ.
Teringat² cendol tu sampai hari ni.
hehehe.
Setelah selesai meng'Snap gmbr di rumah pengantin.
dalam pukul 4.30 ptg kami bertolak ke Kuala Linggi untuk meng'Snap beberapa keping gambar outdoor untuk kenangan.
1st time aku shoot pengantin kt tepi laut..dari kl aku bawak persalinan. Memang dalam kepala otak aku pikir..aku akan basah petang ni...
Gambar² dibawah ni aku shoot guna cahaya yang sedia ada dan tak menggunkan reflector kerana aku tak beli lagi.hehehehe
Masa nak shoot gambar dibawah ni sedikit spoil berlaku. Speedlight aku tak bleh buat wireless pasal hari terlalu cerah. Terpaksa la aku pasang speedlight aku balik di atas kamera sony aku itu. Setting apa yang patut trus aku direct flash ke pengantin ini..
Jadi la gambar yang tak seberapa ini.
Terima Kasih Kerana Menglihat Gambar di FP saya.
|
|
|
|
|
|
| Sunday, 7-Jun-2009 11:32 |
Email | Share | | Bookmark |
|
The Reception - Zana & Mohd Nor
|
|
Tarikh : 02.05.2009
Tempat : Kg Pandan, KL
Memandangkan Nikah & Sanding dilangsungkan pada hari yang sama.
Untuk shoot outdoor pun kena langsung pada hari yang sama.
Memandangkan siang pun dah makin gelap. Tasik Perdana menjadi pilihan.
|
|
|
|
|
|
| Wednesday, 3-Jun-2009 10:15 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Majlis Pernikahan Zana & Mohd Nor
|
|
Setelah lama x update blog aku ni & fotopages aku,
Baru hari ni aku ada sedikit kesempatan untuk publish gambar² baru kt sini. Zana ni kawan kepada kawan aku la. Ikut perjanjian aku kena shoot event Sanding, Outdoor, Sanding di rumah lelaki kat Melaka. Malam before ambik gambar aku prepare apa yg patut cas bateri, kosongkan semua CF card aku. Selepas tu pn aku tido....
Pagi tu aku terjaga kul 8 lebih pasal kawan aku Si Lely ni call.
Lely : hang dah bangun ka??
aku : blom la, nak tido lagi ni..
Lely : hang tak ambik gambar nikah dia ka?
aku : aik ada akad nikah ka pagi ni. Zana tak cakap apa pun kt aku
Lely : ada la...
aku : nikah kul brapa??
Lely : nikah kul 9 - 9.30 mcm tu.
aku : ok² aku mandi sat nanti aku p umah dia trus. bye.
Dengan sepantas kilat aku bagun mandi, nasib ler umah aku ngan zana ni dlm 10min jer. apa² pun mesti kena singgah 7E untuk beli RED BULL air lembu itu rakan karib aku sebelum mulakan kerja.
Tarikh : 2hb May 2009
Tempat : Masjid Kampung Pandan
*aku publish skit dulu la la. kerana banyak lagi gambar yg blom siap.
Agenda yang akan menyusul.
Majlis Persandingan Zana & Mohd Nor (Kg. Pandan, KL)
Outdoor di Tasik Perdana, KL
Majlis Persandingan Mohd Nor & Zana (Masjid Tanah, Melaka)
Outdoor di Kuala Linggi, Melaka
|
|
|
|
|
|
| Monday, 27-Apr-2009 08:15 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Majlis Persandingan Melati & Nazri
|
|
Tarikh : 5hb April 2009
Tempat : Dewan Persint 16, Putrajaya
Litar pintas berlaku pada hari tersebut. Elektrik pun ambik dari bangunan sebelah. Tak semua lampu dalam dewan ni boleh ON. Jadi semua tetamu makan dalam keadaan lampu romantik. Aku agak kecewa kerana snap gambar dalam keadaan yg romantik. hehehe. Masa ni la baru aku teringat, alangkah bagus kalau kamera aku boleh guna iso 1600-6400 tak payah aku nak resah gelisah kalau snap dlm gelap.
Gambar Selebihnya Sila Visit
http://weddingalleria.blogspot.com
Setelah pasangan ini menunggu agak lama untuk dapatkan album gambar kawin diorang. Semalam iaitu hari selasa 09.06.09 aku telah hantar 3 buah album iaitu album nikah, album malam berinai, album sanding serta 1 gambar yang telah di'frame kan.
Thanks banyak² kepada Melati & Nazri kerana sabar menunggu.
Saya ingin mengucapkan Selamat Pengantin Baru, Semoga Mahligai Yang Dibina Kekal Hingga Ke Anak Cucu. Amin...
|
|
|
|
|
|
| Friday, 24-Apr-2009 02:31 |
Email | Share | | Bookmark |
|
7 Persalinan Malam Berinai
|
|
Tarikh : 03/04/2009
Tempat : Kediaman Melati di Kajang
Semua 7 persalinan tapi yang aku publish buat masa ini hanya sedikit.
kerana banyak gambar lain yang aku kena edit. Harap bersabar ya..
More Pictures Please Visit
http://weddingalleria.blogspot.com
|
|
|
|
|
|
| Thursday, 16-Apr-2009 13:40 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Majlis Pernikahan Melati & Nazri
|
|
Majlis Pernikahan Melati & Nazri
Tarikh : 2 April 2009 (Khamis)
Tempat : Masjid Bandar Baru Bangi
Event yang aku kena cover hari aku kerja ofis.
Majlis ni yg berlangsung pada pukul 10 pagi.
Ikut time pengantin mmg la kul 10.
Tapi Tok Kadi datang lewat sedikit kerana ada hal yg tak dapat di elakan.
More Pictures Please Visit
http://weddingalleria.blogspot.com
|
|
|
|
|
|
| Monday, 13-Apr-2009 03:09 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Portrait Campur
|
|
Saja aku masuk gambar² yg blom publish kt fp ni.
Mr. Aidie a.k.a Dedek
Karina - Close Up Shot
Sarah - Test Shot before buat SkyCam
Sarah - SkyCam
Karina - Unedited Version
|
|
|
|
|
|
| Tuesday, 31-Mar-2009 04:11 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Karina
|
|
My Personal Project.
Bahan digunakan
3 biji Flash 180W (cheapo brand)
Sony Alpha A200
Kit lens 18-70mm
Perisian Adobe Photoshop version 7.
|
|
|
|
|
|
| Thursday, 26-Mar-2009 02:49 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Myself Potraits
|
|
Lepas balik keja ofis.
takda benda nak buat.
saja suka2 snap untuk gambar baru aku.
lagipun dah lama aku tak update gambar display di laman web sosial.
Setup aku untuk gambar ini.
3 biji flash 180W (cheapo brand)
DSLR sony A200
Lens bukaan luas Sigma 10-20mm
Setting Manual
Shutter 160 Apreture F13 Iso 100
Perisian Editing
Photoshop Version 7.
Aku tak hensome, pasal tu aku pose mcm ni.
nak pose ala model nanti orang ckp aku berangan plak kan.
SEBELUM
SELEPAS
|
|
|
|
|
|
| Wednesday, 18-Mar-2009 14:33 |
Email | Share | | Bookmark |
|
The Reception - Nadir & Adzrizal
|
|
Pasangan Nadir & Adzrizal
Tempat : Dewan Alwy FIRM, Kepong
Tarikh : 15 march 2009
Setelah 2 bulan aku berehat tanpa melakukan aktiviti ambik gambar kawin.
Aku kembali beraksi sendirian di kepong. Agak letih kerana aku cover event ni seorang diri.
Kawan aku merangkap asst. aku iaitu Kamal tak dapat tolong aku,
dialog perbualan aku dengan Kamal
Aku : Bro 15hb ni aku ada job kt kepong. Hang nak follow x?
Kamal : Sorry la bro aku skrg dah pakai lens baru.
Tak dapat la nak follow hang aku ada event kt kampung
(dalam nada berlagak)
heheh, pasal Lens baru tu rekaan jer...
*byk lg gmbr x siap edit. ni aku upload dulu mana yg ada.
nnti dh siap bru aku publish kt sini.
|
|
|
|